Assalamualaikum.
Masa aku darjah dua. Masa tu 2005.
Dalam kelas, aku antara budak paling lemah waktu tu :/ ohh, lemah sangat. Dah lah lemah pendiam Pulak tu. Haish, waktu tu aku ada berapa orang je kawan. Jyeah, selalu jugak kene buli dulu. Tapi aku konon macho je, watlek je. Malas nak amik port lah katakan, hahahaha. Padahal. Lepas tu, One day. Markah exam aku lagi tinggi dari si pembuli ni. Pembuli ni bengang je n berbulu tengok aku. Dalam hati, APAHAL lah minah ni ushar aku tak puas hati ni. Al maklumlah aku ni lembab dulu -.-
So, backto the story. Pembuli ni datang kat aku, selamba je tangan dia hayun kat perut aku -.- pwrghhhhhhhh. Tuhan jelah tahu betapa sakit nya perut aku tu. Selamba rock dia je nak tumbok anak orang ni. Nasib aku tak cakap bapak aku org silat. Hahahaha. Aku pun, watlekkk jugak. Padahal tengah sakit ni. Kawan aku sorang ni pelik tengok aku dok tahan tahan perut aku.
Hari sama jugak, waktu rehat. Aku tak rehat waktu tu, just duduk kat koridor luar kelas tu je. Aku pun takfaham apekehal lah dengan si dia ni. Tak puas hati sangat n aku. Cantik sangat ke aku ni? Haha. Oh ya, untuk pengetahuan budak pembuli tu lagi tinggi dari aku. Soo memang kecuts lah. Muka pun bengis je -.- dengan selamba dia tampar aku. Aku dah taktahan dah waktu tu. Aku punya lah geram sangat kat dia. Aku pun nangis? What? Asal aku nangis. Patut aku sepak dia balik waktu tu -.- LOL sorang kawan aku ni dok pujuk aku jangan nangis. Dia lap sendiri air mata kau dengan tangan dia. :') dia sorang je aku rapat waktu tu.
Hmm, lepas tu cikgu tahu fasal tu. Budak tu kene marah beb. HAHAHA. Hidup aku pun bahagia duduk dalam kelas waktu tu :D markah pun makin tinggi. Cikgu pun makin puji. See, nampak tak chemistry kene buli & pelajaran? Haha. Tapi aku bukan nak bold yang pembuli tu. Aku nk bold yg cikgu tu. Aku indu cikgu tu. Cikgu tu ajar Best. Apa aku tak dapt, on the spot dia ajar aku SAMPAI faham. Walaupun hanya tentang bahagi je :D see, kalau aku tak belajar bahagi waktu tu sudah tentu aku takleh nak solve mathematic modern/ add math sekarang. Mahupun radius ke. WHATEVER la kan. Aku ingat lagi cikgu tu pernah cerita kat aku yang dia pernah ajar budak bisu. Budak bisu tu pun dah berjaya sekarang :) masa birthday aku, konon aku ada bawak cm godygift bag tu satu kelas lah. Dlm tu ada sweets2, something yang budak2 suka lah. Aku ingat kan nak bagi je terus. Lepas tu cikgu perasan, cikgu panggil aku ke depan. Lepas tu depa semua dok nyanyi HAPPY birthday :') cikgu pun peluk aku. Alalaaaa, sweets nye cikgu.
Haha, nampak tak zaman kegemilangan aku selepas kes buli? XD
Yang aku tahu, cikgu tu baikkkkkkkkkkkkkkkkk sangats! Sayang dia. Hmm, tak lama pastu aku pindah sekolah lain. Aku lupa nak jumpa cikgu tu dulu -.-
Sampai sekarang aku dah tak jumpa cikgu tu. Aku tahu cikgu tu duduk area tapah ni je. Tapi nape aku takpenah nampak dia?hmm, kalau suatu hari aku jumpa cikgu tu. Aku nak peluk dia, n nak ckp terima kasih buat aku jadi insan berguna. Takde cikgu ajar dulu, apalah aku sekarang :') harap cikgu still ingat aku.
Selamat hari guru cikgu zariyah.
P/s ; si pembuli tu sekarang sekolah dekat je dengan school aku xD haha. Yang aku tahu aku lagi tinggi dari dia sekarang :D watpa nak takuit dah kan. Haritu ada terserempak dengan aku kat pekan. Mesti dia pelik. Dulu aku hingusan je, sekarang. HAHAHAHHAA. Tapi aku watbodo je. Dia je dramatik lebih nampak aku.
Kawan aku yang lap air mata tu pun aku taktahu mana dah dia :( tah dia ingt kat aku lagi ke tak. Dia baik tau.